Pencarian seorang tekong bot nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya karam di perairan Pulau Kapas dihentikan.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi carilamat itu dihentikan pada jam 7 petang Sabtu selepas empat hari pencarian dilaksanakan.